Jumaat, 3 April 2009


Gambar kenangan masa majlis happy hour PALAPES UPSI 29 mac. Nama pun happy, memang gembira majlis ni. Walaupun kepenatan tapi semua tu x jadi masalah. Kadet semua sporting, x kisah nak buat apa asalkan tahu batasan. Tentatif pada hari tu, pagi sarapan dan terus bergerak ke markas palapes. Pentadbiran dibuat bersama-sama. Semua kerja dapat diselesaikan dengan pantas. Menjelang 1400, majlis dimulakan dengan acara makan. Sambil ada persembahan yang turut dibuat oleh wakil peringkat senior, intermediate, dan junior (aku n maini sumandak). Majlis seterusnya sambutan harijadi bagi pegawai kadet yang lahir pada september-mac. Makan kek sambil main calit. Sampai jurulatih pun kena calit dengan kadet (pastu semua kadet kne punishment). Seterusnya, penyampaian sijil bagi pegawai kadet yang mencapai PNGK 3.5 keatas. Tahniah diucapkan! Jurulatih yang berkaraoke pada hari tu termasuklah Koperal Rosdan dan Kapten Barnabas. Suara jurulatih memang sedap dan lunak belaka. Xsangka! Apa pun majlis keseluruhan memang lancar dan meriah. Walaupun dengan cuaca panas yang memenatkan, tapi semuanya buat muka ceria. Dan petang tu masa pentadbiran kemas peralatan, alhamdulillah hujan turun mencurah-curah membasah bumi, menyejukkan suasana..habiss