Isnin, 24 Januari 2011

Semat demo harini

Tempat : Lif Proton City

Masa :

Oleh : mahasiswa

Ulasan : seorang mahasiswa menegur sahabatnya di dalam lif. Apabila ayat itu diujarkan, serta merta terbit kemesraan dan gelak ketawa antara mereka. Perkara ini adalah contoh kemahiran komunikasi iaitu dengan menyesuaikan penyusunan ayat pada waktu dan keadaan.

Rabu, 19 Januari 2011

Celaka engkau

Tempat : Bilik kuliah Proton City

Masa :

Oleh : mahasiswa

Ulasan : Seorang mahasiswa mengeluarkan ayat yang kurang sopan untuk diterima. Perkataan ‘celaka’ jika dilihat daripada maksud leksikal adalah bermaksud sumpahan atau mencela seseorang. Namun bagi segelintir orang, perkataan ini merupakan suatu unsur humor yang berperanan sebagai penyedap cerita sewaktu perbualan tidak formal dan santai. Kesimpulannya, sesuatu perkataan yang diujarkan tidak boleh ditafsirkan daripada aspek leksikalnya sahaja, tetapi juga perlu dikaji daripada aspek gramatikalnya juga.

Selasa, 18 Januari 2011

GELIAT

Bila mata mengantuk

Bulu mata ringan menjadi berat amat

Menarik kelopak mata rapat-rapat

Minta segera ditutup

Tubuh tegang minta berehat

Bahana kerja tak siap-siap

Memang sedap dapat menggeliat

Ahhhhh... Lega amat

Tulang berbunyi gretup gretap

Badan dilentur supaya kendur

Makin dibuat makin sedap

Mata pejam rapat tanda nikmat

Penumbuk menumbuk

Kaki menyepak angin

Tarian geliat cipta sendiri

Ramai yang masih khayal

Belum bangkit dari alpa

Barangkali alpa yang sengaja

Harus dia menggeliat

Harus dia bangkit dari kemalasan itu

Harus segera.

Tanjung Malim

17 Januari 2011

HUKUM

Hukum jika salah

Hukum jika betul

Kadangkala hukum yang menyakitkan

Adalah untuk membahagiakan

Hukum Wajib, Makruh, Sunat dan Harus

Melatari setiap yang berlaku

Hukuman Tuhan paling ditakuti

Balasan akhirat yang sering diingati

Berfikir saat berbicara

Takut terjatuh hukum yang salah

Hukum dari fikiran dangkal sang insan

Yang cetek amat

Yang tak mampu menanggung berat maksud hakiki

Yang tak memahami erti

Lalu membuta-tuli hukuman diberi

Diri yang menanggung yang menderita sendiri

Hukumlah dia !

Dia itu salah !

Juga dia itu sesat !

Nah, mudah sekali lidah menjatuhi

Hukuman lancar meluncur pergi

Tidak disepadu dengan iman di hati

Lantas wujud hukum mirip dengki !

Kasihan…kasihan…

Tanjung Malim

18 Januari 2011

Isnin, 17 Januari 2011

Sebilion terima kasih Malaysia!

Tempat : Bandaraya Melaka

Masa :

Oleh : Papan Iklan

Ulasan : Pihak-pihak peniaga semakin kreatif untuk menarik perhatian para pembeli. Pemilihan perkataan “sebilion’ adalah amat bertepatan dan kuat untuk memastikan setiap orang untuk berasa teruja. Hal ini kerana ucapan seperti ini adalah lain daripada yang lain.