Jumaat, 3 April 2009


Gambar kenangan masa majlis happy hour PALAPES UPSI 29 mac. Nama pun happy, memang gembira majlis ni. Walaupun kepenatan tapi semua tu x jadi masalah. Kadet semua sporting, x kisah nak buat apa asalkan tahu batasan. Tentatif pada hari tu, pagi sarapan dan terus bergerak ke markas palapes. Pentadbiran dibuat bersama-sama. Semua kerja dapat diselesaikan dengan pantas. Menjelang 1400, majlis dimulakan dengan acara makan. Sambil ada persembahan yang turut dibuat oleh wakil peringkat senior, intermediate, dan junior (aku n maini sumandak). Majlis seterusnya sambutan harijadi bagi pegawai kadet yang lahir pada september-mac. Makan kek sambil main calit. Sampai jurulatih pun kena calit dengan kadet (pastu semua kadet kne punishment). Seterusnya, penyampaian sijil bagi pegawai kadet yang mencapai PNGK 3.5 keatas. Tahniah diucapkan! Jurulatih yang berkaraoke pada hari tu termasuklah Koperal Rosdan dan Kapten Barnabas. Suara jurulatih memang sedap dan lunak belaka. Xsangka! Apa pun majlis keseluruhan memang lancar dan meriah. Walaupun dengan cuaca panas yang memenatkan, tapi semuanya buat muka ceria. Dan petang tu masa pentadbiran kemas peralatan, alhamdulillah hujan turun mencurah-curah membasah bumi, menyejukkan suasana..habiss

Khamis, 2 April 2009

tugasan

bila melangkah kaki dalam bilik, mesti fikir pasal tugasan. tekanan betul!. tp nak buat camna memang tu yang seorang pelajar perlu buat. baiklah,pelajar=p.e.l.a.j.a.r. apa maksudny?adakah cuma seorang remaja yang menuntut ilmu?adakah sekadar gelaran bagi orang yang berada di institusi pendidikan?adakah pelajar bermaksud seorang yang menuntut ilmu daripada org yang lebigh berpengetahuan?siapakah pelajar?apakah pelajar?

bagi aku pelajar adalah setiap orang. setiap orang di dunia adalah pelajar,pelajar yang menuntut ilmu dari ehsan Tuhan yg Maha Esa. benarkah para professor yang mempunyai gelaran yang bertingkat-tingkat itu benar-benar tinggi ilmunya?adakah dia mempunyai ilmu yang cukup untuk dirinya sendiri?wujudkah orang yang seperti itu?persoalan yang rumit untuk dihuraikan satu persatu. oleh itu sebagai manusia yang kerdil sifatnya, janganlah kita bermegah dengan apa yang kita miliki,percayalah bahawa itu bukan milik kita tetapi cuma harta pinjaman yang tidak kekal. bersyukur adalah jalan yang terbaik. oleh itu, wajar utk kita bersyukur apabila mendapat sesuatu tugasan drpd pensyarah kerana maksud tersirat disebalik tugasan itu tersembunyi cebisan ilmu pengetahuan yang berharga untuk diri sendiri. dan ilmu pengetahuan itu perlu dihayati dan digunakan kearah kebaikan..

moral=jangan mengeluh jika disuruh buat sesuatu tugasan, sebaliknya berusaha sedaya upaya untuk melakukannya atas niat untuk kebaikan diri sendiri
hari ni masuk hari ke2 bulan april 09. dah nak sampai hujung sem2. alhamdulillah syukur. tp rasanya masih belum cukup ilmu yang sepatutnya aku raih di Upsi ni. aku sedar ada kekurangan yg amat dlam diri ni. teruk..bila aku nak berubah macam kwn2. masing-masing aku lihat lebih setingkat mendahului aku. aku berusaha mengejar tapi lgkah aku x selaju mereka. tetapi aku sgt bangga ada kawan2 macam ni. mereka adalah sumber inspirasi dalam diam bagi aku. terima kasih kawan. sejujurnya aku sangat menghargai jasa2 anda. terima kasih terima kasih

politik...dan...politik

salam..sekarang boleh dikatakan semua orang sibuk sangat bercerita tentang politik. kadang-kadang semua ni nmpak lucu bagi aku. ada yang sokong parti ni, parti tu. yang mana satu yang patut disokong?adakah semua parti ni jujur dalam agenda masing2?masing2 berkata yang parti ni lah yang paling baik, jujur, utamakan hak semua orang, tp itu terbukti ke??atau cuma cakap kosong?susah nak dikatakan sekarang. aku x nyatakan sokongan pada mana2 parti. sebab sejujurnya aku susah nk percaya pada semuanya. aku sedih sebab ada masyarakat kita yang berpecah belah sesama sendiri sebab ideologi parti masing2. anak2 yg tak tau apa2 dididik dengan sentimen parti menyebabkan wujud prasangka yang menebal dalam diri. menakutkan! cuba bayangkan semua ni pada 20 tahun akan datang. semakin parah kah? atau semakin baik kah keadaan politik negara Malaysia yang kita agungkan ini?berdasarkan pandangan peribadi, aku dapat bayangkan walaupun Malaysia maju dari segi pembangunan, tapi dari segi kemanusiaan tak ada apa pn yg dapat dibanggakan.aku berharap sangat keadaan ni semakin pulih dan tak akan wujud lg untk generasi akan datang. tp, siapalah aku...

Rabu, 1 April 2009

Pembuka bicara

assalamualaikum..sy buat blog ni untuk berkenalan dgn kawan2 dan saling bertukar pndapat tentang kehidupan masing2..post la apa2 yang berkaitan dengan kehidupan anda, masalah, pendapat, cadangan, dan sebagainya..cuma sy mengharapkan semua luahan ni adalah jujur dari dalam diri sendiri..

salam=D