Isnin, 21 Februari 2011

Bangkit-bangkit! Mahasiswa!

Tempat : Sekitar Kampus

Masa :

Oleh : Mahasiswa

Ulasan : laungan bersemangat yang dilontarkan oleh mahasiswa UPSI yang menggegarkan sekitar kampus dan kolej kediaman. Ungkapan ini berjaya menaikkan semangat para penyokong salah sebuah parti kampus. Ungkapan ini dilaungkan dengan penuh semangat dan nyaring. Hal ini membuktikan apabila bahasa dituturkan dengan penggunaan intonasi yang betul akan dapat mempengaruhi orang-orang disekelilingnya.

Jumaat, 18 Februari 2011

haihhh..lame gile x bukak.. still adapting wif new job

Tempat : Facebook

Masa :

Oleh : Mahasiswa

Ulasan : penggunaan bahasa bercampur-baur. Penggunaan bahasa yang sangat ringkas. “haihhh” merupakan bunyi keluhan yang ditukarkan menjadi teks. Sementara itu “lame gile x bukak” adalah contoh perkataan bahasa Melayu yang sangat parah kerosakannya. “Lama” menjadi “lame”, “sangat” menjadi “gile”, “tidak” menjadi “x”, dan “dibuka” menjadi “bukak”. Kita boleh melihat bahawa kata penguat hadapan “sangat” telah diambil-alih fungsinya oleh perkataan “gile”. Seterusnya, penggunaan perkataan bahasa Inggeris pula dicampurkan dalam ayat bahasa Melayu. Tambah menjengkelkan lagi ialah perkataan tersebut juga tidak dieja dengan betul iaitu “wif” yang sepatutnya “with” (dengan).

Khamis, 17 Februari 2011

What the hell

Tempat : KHAR

Masa :

Oleh : Mahasiswa

Ulasan : ungkapan daripada Bahasa Inggeris ini membawa maksud yang negatif, namun ia dianggap sebagai sesuatu yang amat melucukan. Bagi mereka yang telah menonton cerita “Hantu Kak Limah Kembali”, mereka akan segera terbayang adegan ketika dialog ini dilontarkan dan mendorong mereka untuk tersenyum atau tertawa. Ungkapan ini tidak lagi dianggap sebagai kutukan yang serius, tetapi digunakan lebih kepada penyedap dalam gurauan.

Rabu, 16 Februari 2011

Kita bakar kita bakaarr.

Tempat : KHAR

Masa :

Oleh : Calon dan wakil calon MPP

Ulasan : ungkapan ini menjadi popular lantaran filem “Hantu Kak Limah Kembali”. Calon-calon MPP menggunakan ungkapan ini untuk menarik perhatian para penyokong. Setiap kali mereka berteriak ayat tersebut, para hadirin akan bersorak dan mengulangi dialog yang sama. Walaupun ini tidak membawa sebarang makna, namun fungsi perkataan ini mampu menghidupkan semangat mahasiswa.

Rabu, 9 Februari 2011

Semua angkat tangan macam saya….

Tempat : Kolej KHAR

Masa :

Oleh : Mahasiswa/wi

Ulasan : dialog salah seorang pelakon dalam cerita “Hantu Kak Limah Kembali” telah menjadi ikutan oleh para mahasiswa. Dialog ini menjadi ikutan kerana mempunyi unsur-unsur lawak yang kuat di dalamnya. Iaitu pelakon tersebut memusing-musingkan pergelangan tangannya dengan lembut menyerupai lelaki lembut.

Selasa, 1 Februari 2011

Wajah kita budaya kita

Tempat : Sekitar Kampus

Masa :

Oleh : mahasiswa/wi pelbagai kaum

Ulasan : Penggunaan kata-kata hikmah dalam filem yang menarik boleh menjadi ikutan masyarakat. Hal ini kerana ayat seperti ini dilontarkan dalam sebuah filem yang menarik dan mendapat tempat di hati masyarakat. Perkara ini membuktikan bahawa filem membawa pengaruh yang besar pada kehidupan seharian. Lebih berkesan lagi sekiranya ayat tersebut jarang atau tidak pernah didengar oleh khalayak.