Khamis, 17 Februari 2011

What the hell

Tempat : KHAR

Masa :

Oleh : Mahasiswa

Ulasan : ungkapan daripada Bahasa Inggeris ini membawa maksud yang negatif, namun ia dianggap sebagai sesuatu yang amat melucukan. Bagi mereka yang telah menonton cerita “Hantu Kak Limah Kembali”, mereka akan segera terbayang adegan ketika dialog ini dilontarkan dan mendorong mereka untuk tersenyum atau tertawa. Ungkapan ini tidak lagi dianggap sebagai kutukan yang serius, tetapi digunakan lebih kepada penyedap dalam gurauan.

Rabu, 16 Februari 2011

Kita bakar kita bakaarr.

Tempat : KHAR

Masa :

Oleh : Calon dan wakil calon MPP

Ulasan : ungkapan ini menjadi popular lantaran filem “Hantu Kak Limah Kembali”. Calon-calon MPP menggunakan ungkapan ini untuk menarik perhatian para penyokong. Setiap kali mereka berteriak ayat tersebut, para hadirin akan bersorak dan mengulangi dialog yang sama. Walaupun ini tidak membawa sebarang makna, namun fungsi perkataan ini mampu menghidupkan semangat mahasiswa.

Rabu, 9 Februari 2011

Semua angkat tangan macam saya….

Tempat : Kolej KHAR

Masa :

Oleh : Mahasiswa/wi

Ulasan : dialog salah seorang pelakon dalam cerita “Hantu Kak Limah Kembali” telah menjadi ikutan oleh para mahasiswa. Dialog ini menjadi ikutan kerana mempunyi unsur-unsur lawak yang kuat di dalamnya. Iaitu pelakon tersebut memusing-musingkan pergelangan tangannya dengan lembut menyerupai lelaki lembut.

Selasa, 1 Februari 2011

Wajah kita budaya kita

Tempat : Sekitar Kampus

Masa :

Oleh : mahasiswa/wi pelbagai kaum

Ulasan : Penggunaan kata-kata hikmah dalam filem yang menarik boleh menjadi ikutan masyarakat. Hal ini kerana ayat seperti ini dilontarkan dalam sebuah filem yang menarik dan mendapat tempat di hati masyarakat. Perkara ini membuktikan bahawa filem membawa pengaruh yang besar pada kehidupan seharian. Lebih berkesan lagi sekiranya ayat tersebut jarang atau tidak pernah didengar oleh khalayak.

Isnin, 24 Januari 2011

Semat demo harini

Tempat : Lif Proton City

Masa :

Oleh : mahasiswa

Ulasan : seorang mahasiswa menegur sahabatnya di dalam lif. Apabila ayat itu diujarkan, serta merta terbit kemesraan dan gelak ketawa antara mereka. Perkara ini adalah contoh kemahiran komunikasi iaitu dengan menyesuaikan penyusunan ayat pada waktu dan keadaan.

Rabu, 19 Januari 2011

Celaka engkau

Tempat : Bilik kuliah Proton City

Masa :

Oleh : mahasiswa

Ulasan : Seorang mahasiswa mengeluarkan ayat yang kurang sopan untuk diterima. Perkataan ‘celaka’ jika dilihat daripada maksud leksikal adalah bermaksud sumpahan atau mencela seseorang. Namun bagi segelintir orang, perkataan ini merupakan suatu unsur humor yang berperanan sebagai penyedap cerita sewaktu perbualan tidak formal dan santai. Kesimpulannya, sesuatu perkataan yang diujarkan tidak boleh ditafsirkan daripada aspek leksikalnya sahaja, tetapi juga perlu dikaji daripada aspek gramatikalnya juga.