bila melangkah kaki dalam bilik, mesti fikir pasal tugasan. tekanan betul!. tp nak buat camna memang tu yang seorang pelajar perlu buat. baiklah,pelajar=p.e.l.a.j.a.r. apa maksudny?adakah cuma seorang remaja yang menuntut ilmu?adakah sekadar gelaran bagi orang yang berada di institusi pendidikan?adakah pelajar bermaksud seorang yang menuntut ilmu daripada org yang lebigh berpengetahuan?siapakah pelajar?apakah pelajar?
bagi aku pelajar adalah setiap orang. setiap orang di dunia adalah pelajar,pelajar yang menuntut ilmu dari ehsan Tuhan yg Maha Esa. benarkah para professor yang mempunyai gelaran yang bertingkat-tingkat itu benar-benar tinggi ilmunya?adakah dia mempunyai ilmu yang cukup untuk dirinya sendiri?wujudkah orang yang seperti itu?persoalan yang rumit untuk dihuraikan satu persatu. oleh itu sebagai manusia yang kerdil sifatnya, janganlah kita bermegah dengan apa yang kita miliki,percayalah bahawa itu bukan milik kita tetapi cuma harta pinjaman yang tidak kekal. bersyukur adalah jalan yang terbaik. oleh itu, wajar utk kita bersyukur apabila mendapat sesuatu tugasan drpd pensyarah kerana maksud tersirat disebalik tugasan itu tersembunyi cebisan ilmu pengetahuan yang berharga untuk diri sendiri. dan ilmu pengetahuan itu perlu dihayati dan digunakan kearah kebaikan..
moral=jangan mengeluh jika disuruh buat sesuatu tugasan, sebaliknya berusaha sedaya upaya untuk melakukannya atas niat untuk kebaikan diri sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan