Khamis, 2 April 2009
politik...dan...politik
salam..sekarang boleh dikatakan semua orang sibuk sangat bercerita tentang politik. kadang-kadang semua ni nmpak lucu bagi aku. ada yang sokong parti ni, parti tu. yang mana satu yang patut disokong?adakah semua parti ni jujur dalam agenda masing2?masing2 berkata yang parti ni lah yang paling baik, jujur, utamakan hak semua orang, tp itu terbukti ke??atau cuma cakap kosong?susah nak dikatakan sekarang. aku x nyatakan sokongan pada mana2 parti. sebab sejujurnya aku susah nk percaya pada semuanya. aku sedih sebab ada masyarakat kita yang berpecah belah sesama sendiri sebab ideologi parti masing2. anak2 yg tak tau apa2 dididik dengan sentimen parti menyebabkan wujud prasangka yang menebal dalam diri. menakutkan! cuba bayangkan semua ni pada 20 tahun akan datang. semakin parah kah? atau semakin baik kah keadaan politik negara Malaysia yang kita agungkan ini?berdasarkan pandangan peribadi, aku dapat bayangkan walaupun Malaysia maju dari segi pembangunan, tapi dari segi kemanusiaan tak ada apa pn yg dapat dibanggakan.aku berharap sangat keadaan ni semakin pulih dan tak akan wujud lg untk generasi akan datang. tp, siapalah aku...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan